Taman Fiksyen




Maisarah lawa orangnya.Ustazah KAFA pulak tu.Kalau aku dapat kawin dengan dia...alahai bertuahnya badan.Dapatlah aku belajar mengaji dengan dia,dapatlah aku belajar bahasa Arab dengan dia.

"Kamu tak sekufu dengan dia...," kata Haji Nik.

"Apa dia?Kupu-kupu?," aku buat-buat tak faham.

credit: yip87 deviantart.com

Read More …





Dia melihat tali gantung itu.Dia melihat ada kerusi di bawahnya.

Dia sedar bahawa dia yang berusaha menyediakan itu semua.Dia teringatkan Jesus memikul kayu salibnya sendiri.

Dia merenung tali gantung yang diperbuat dari pintalan baju-baju Fifi dan Sarah.Tiba-tiba dia mahu selesaikan mereka seperti cara Chris Benoit.Tiba-tiba pula dia merasakan dirinya lebih mulia dari wrestler itu.Pembunuh diri juga ada maruah tertentu yang mahu dipertahankan.Masalah diri bukan masalah orang lain.


novel penuh...
Read More …










Malam ini....

jika kau berpegang pada hukum fizik newtonmu

aku akan berkata

"malam ini sayang...aku berpegang pada hukum fizik kuantum"

tetapi malam esok aku tidak pasti

pada hukum mana aku akan berpegang

kerana dunia ini masih

tidak aku fahami

terang dan gelap

putih hitam mataku

kepada siapa aku merujuk

hanya cinta kita

sayang.....

yang kekal

pada malam-malam

berikutnya


novel penuh....


Read More …




“Ini adalah Steyr Scout , kamu boleh lihat musuhmu dari teropong ini,” beritahu Jerry. Hassan memegang raifal itu dengan hati-hati. Jerry memegang tangan Hassan dan membantunya memegang dengan betul.

“Siapa yang ingin kamu tembak?”

“Pembunuh ayah saya,” sahut Hassan.


novel penuh...

Read More …

Read More …





"Abang...kalau Masitah mati nanti...abang carilah pengganti yang lebih baik dari diri Masitah..."

Syam menyeka airmatanya yang semakin deras turun dari kelopak mata lelakinya."Mengapa Masitah cakap macam tu?Masitah belum tinggalkan abang lagi...nanti kalau Masitah dah sihat,kita baca hadis dan ta'lim sama-sama ya?"

Masitah mengangguk lemah.Dia cuba tersenyum dari pipinya yang cengkung.Bibirnya pucat.Matanya ke dalam.Rambutnya gugur.Hidungnya ada kesan darah mengalir.

Syam mengambil tisu dan mengelap darah yang keluar dari hidung Masitah.

"Abang...Masitah perempuan kotor...Masitah banyak buat salah pada abang dan Tuhan...Masitah perempuan GRO....."

"Tidak Masitah...tidak...kau perempuan suci...kau....."

Syam tidak dapat menahan perasaannya lalu menangis semahu-mahunya di sisi Masitah.



novel penuh....




Read More …